Pelajar UMK manfaat masa buat topeng pelindung muka

Iklan
Antara sukarelawan yang turun padang kali ini.

KOTA BHARU – Tidak dapat pulang ke kampung semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memanfaatkan masa yang ada dengan menjadi sukarelawan membuat UMK Care Face Shield Visor.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Dr Zaliman Sauli berkata, pihaknya telah memulakan usaha awal untuk menghasilkan topeng pelindung muka dengan bantuan daripada pelbagai pihak termasuk Bulan Sabit Merah Malaysia Kelantan (BSMMK).

Iklan
Iklan

Katanya, usaha tersebut sekurang-kurangnya dapat membantu menampung bilangan peralatan perlindungan diri (PPE) yang semakin berkurangan khususnya di negeri ini.

"Dengan inisiatif ini juga dapat mengisi ruang masa mereka semasa berada di kampus kerana tidak ada kuliah.

Iklan

"Secara tidak langsung dapat meningkatkan rasa tanggungjawab membantu kerajaan mencegah wabak ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zaliman (kanan) turut tidak melepaskan peluang melihat sendiri penghasilan face shield visor tersebut.

Menurutnya, aktiviti tersebut dilakukan secara sukarela oleh 30 pelajar dengan sokongan oleh BSMM selaku agensi yang membekalkan bahan mentah dan teknik mengajar tatacara pembuatannya.

Iklan

Beliau juga memberitahu, mereka menjangkakan 500 unit alat pelindung muka akan dapat disiapkan untuk pengeluaran kali pertama dan selepas itu ia akan bergantung kepada keperluan semasa dan stok bahan asas.

"Alhamdulillah, walaupun tanpa pengalaman, kami berjaya menghasilkan beberapa model alat pelindung muka setanding dengan produk di pasaran.

"Pelajar juga teruja walaupun kepenatan selepas bertungkus lumus menyiapkannya dan rata-ratanya sangat gembira dapat menyumbang bakti sambil mengisi masa lapang di atas tanggungjawab semangat jati diri yang sayangkan negara,” katanya.