SHAH ALAM - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini menafikan tiga laporan berita palsu yang tular di media sosial berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pasukan Respons Pantas KKMM dalam satu kenyataan berkata, berita palsu itu termasuk penafian oleh Ketua Polis Daerah Tawau, Sabah berhubung satu notis arahan Ketua Polis Negara IKPN) berhubung PKP yang dilanjutkan sehingga 14 April depan.
Katanya, Ia jelas mengandungi mesej tidak benar dan tidak selari sepenuhnya dengan arahan semasa oleh KPN.