Polis Petaling Jaya tambah sekatan jalan raya

Iklan
Nik Ezanee sedang meninjau sekatan jalan raya di Jalan Persiaran Surian, Damansara, hari ini.

PETALING JAYA - Polis Daerah Petaling Jaya menambah satu lagi sekatan Jalan Raya di Jalan Persiaran Surian, Damansara, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya,Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, laluan berkenaan didapati semakin sibuk dan sesak sejak tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 18 Mac lalu.

Iklan
Iklan

"Penutupan beberapa jalan dan sekatan jalan raya yang dilaksanakan di kawasan lain sekitar Kota Damansara menyebabkan ramai pengguna menggunakan Jalan Persiaran Surian," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau sekatan jalan raya di Jalan Persiaran Surian, Damansara, di sini, hari ini.

Nik Ezanee berkata, pihaknya telah melaksanakan sebanyak 11 sekatan jalan raya sekitar Petaling Jaya.

Iklan

"Kita juga sedang mengkaji untuk menambah lagi sekatan jalan di beberapa lokasi utama tumpuan kenderaan di daerah ini.

"Ia akan dilaksanakan secara berperingkat demi mengurangkan pergerakan orang awam," katanya.

Iklan

Dalam perkembangan sama, Nik Ezanee memberi nasihat kepada seorang wanita yang cuba memberi alasan mahu ke pejabat untuk tandatangan cek pembayaran gaji pekerja.

"Segelintir masyarakat memberi pelbagai alasan remeh sedangkan kerja itu boleh diselesaikan secara atas talian untuk urusan perbankan," katanya.