Tentera laut di Korea Selatan dijangkiti semula Covid-19

Iklan
Seorang anggota Tentera Laut yang sebelum ini diuji positif koronavirus (Covid-19) dan telah pulih, sekali lagi disahkan dijangkiti virus itu. GAMBAR HIASAN

SEOUL - Seorang anggota Tentera Laut yang sebelum ini diuji positif koronavirus (Covid-19) dan telah pulih, sekali lagi disahkan dijangkiti virus itu, memetik kementerian pertahanan hari ini lapor agensi berita Yonhap.

Tentera yang bertugas di selatan Pulau Jeju itu dibenarkan keluar hospital minggu lalu selepas menjalani rawatan selama sebulan.

Iklan
Iklan

Dia dijangkiti semula virus itu ketika menjalani kuarantin pencegahan, diuji positif sekali lagi hari ini.

Minggu lalu, dua orang anggota tentera iaitu seorang pegawai tentera dan seorang kontraktor tentera udara dijangkiti virus itu selepas pulih sepenuhnya.

Iklan

Sehingga hari ini, Angkatan Tentera sudah melaporkan sebanyak 39 jangkitan Covid-19.

Sebagai langkah pencegahan, sekitar 1,780 anggota tentera dikuarantin di pangkalan.

Iklan

Antaranya, kira-kira 120 orang sama ada mereka mempunyai gejala berkaitan Covid-19 atau mempunyai kontak dengan pesakit.

Baru-baru ini, anggota tentera berkenaan mengunjungi tenggara Daegu, antara negeri yang paling teruk terjejas dengan wabak maut itu.

- Bernama