SPRM siasat pemilikan wang bekas menteri

Iklan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - Foto Sumber Internet

PETALING JAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung pemilikan sejumlah besar wang tunai yang meragukan dipercayai milik seorang bekas menteri.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kertas siasatan berkenaan dibuka susulan aduan berhubung pemilikan wang itu.

Iklan
Iklan

"SPRM menerima aduan berhubung pemilikan sejumlah besar wang tunai yang meragukan dipercayai milik seorang bekas menteri seperti dilaporkan oleh media semalam," katanya.

Siasatan terhadap aduan itu akan dibuat mengikut Akta SPRM 2009.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Duit hilang RM250,000 bukan milik Bersatu: Syed Saddiq

[ARTIKEL BERKAITAN] - RM200,000 dalam peti besi rumah bekas menteri lesap

Iklan

Semalam media melaporkan, seorang bekas menteri mendakwa wang tunai RM250,000 yang disimpan dalam peti besi simpanan di kediamannya di sini, Petaling Jaya, telah hilang.

Kehilangan wang itu disedari oleh Ahli Parlimen terbabit kira-kira jam 7 malam ketika memeriksa peti besi simpanan berkenaan.

Iklan

Susulan kejadian itu, siasatan polis menahan seorang wanita warga Indonesia yang juga pembantu rumah di kediaman mangsa, kelmarin.