SPRM panggil Azeez sekali lagi

Iklan
Azeez dipanggil SPRM untuk melengkapkan siasatan.

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim sekali lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan.

Bagaimanapun tujuan beliau dipanggil untuk memberi keterangan hari ini masih menjadi teka teki dan sehingga kini SPRM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Iklan
Iklan

Azeez, tiba jam 2.55 petang sempat melambai tangannya kepada petugas media yang menantikan kehadirannya.

Pada September lalu, Azeez direman selama 10 hari membantu siasatan kes rasuah membabitkan kontrak Tabung Haji (TH).

Iklan

Turut direman, abang dan sepupunya manakala anak sulungnya diambil keterangan

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Iklan

AKAN MENYUSUL