106 operasi sanitasi awam dalam 48 jam akan datang: Ismail

Iklan
Ismail (depan) melakukan operasi nyah cemar di dalam tren komuter bagi mengekang penularan Covid-19 hari ini. - Foto Bernama

SEREMBAN - Sebanyak 106 operasi sanitasi awam dirancang dilaksanakan dalam tempoh 48 jam akan datang meliputi kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon merah, jingga dan kuning di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib.

Beliau yang hadir meninjau proses sanitasi awam di sekitar Stesen KTM Seremban hari ini berkata, operasi berkenaan dijangka akan melibatkan seramai lebih 1,500 anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Iklan
Iklan

Katanya, setakat ini, operasi berkenaan telah berjaya dilaksanakan di 85 kawasan yang terletak di dalam zon merah, jingga dan kuning.

"Kita berharap sanitasi awam akan dapat menurunkan kadar jangkitan dan penularan kes Covid-19,” katanya kepada pemberita di sini.

Iklan

Selain tumpuan terhadap Stesen KTM Seremban yang menjadi tumpuan awam, operasi hari ini juga tertumpu di sekitar bangunan di bandar Seremban.

Semalam, operasi sanitasi awam telah dijalankan di kawasan perumahan dan tempat tumpuan awam di lima lokasi iaitu Panchor Jaya di Ampangan, Taman Desa Orkid; Taman Sri Pagi, Taman Desa Melor dan Taman Desa Anggerik di Senawang. - Bernama

Iklan