Jangan biarkan media sosial membuat kita jadi bodoh: Dr Najmil

Iklan
Gambar hiasan. (Gambar kecil: Najmil Faiz)

KUALA LUMPUR - Jangan biarkan media sosial membuat kita jadi bodoh, saran Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berikutan banyak maklumat palsu dikongsi dalam media sosial mutakhir ini.

Beliau berkata, dalam keadaan sedar atau tidak, waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai yang bergantung dengan media sosial untuk mendapatkan maklumat dan info yang terkini.

Iklan
Iklan

Menurut Dr Najmil, teknologi telah menyebabkan berita tersebar dengan cepat dan manusia pada hari ini semestinya ingin menjadi orang yang pertama menyebarkannya.

"Tapi bagaimanakah kalau info itu palsu atau fitnah? Masih ramai juga yang kongsi. Untuk apa? Populariti, kejar 'like' atau komen?," soalnya dalam entri terbaharunya di Facebooknya hari ini.

Iklan

Beliau kesal apabila dalam kesibukan barisan hadapan berjuang melawan wabak koronavirus (Covid-19), mereka juga disibukkan dengan tugas menangani berita palsu dan hampir setiap hari pasti ada berita palsu sengaja diwujudkan.

"Adakah media sosial membuat kita bodoh? Ya dan tidak, bergantung pada bagaimana kita gunakannya. Jangan biarkan media sosial membuat kita jadi bodoh," katanya lagi.

Iklan