3,201 rakyat Malaysia terkandas di luar negara berjaya dibawa pulang

Iklan
Prosedur pembasmian virus dilakukan ketika ketibaan rakyat Malaysia di KLIA. GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA - Kementerian Luar memaklumkan seramai 3,201 rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara telah berjaya dibawa pulang melalui misi repatriasi setakat hari ini melalui pembiayaan sepenuhnya oleh kerajaan sumbangan parti politik seperti MIC, swasta antaranya T7 Global Berhad dan Weststar Aviation Services.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, terdapat seramai 4,374 rakyat Malaysia dilaporkan masih terkandas di 56 buah negara.

Iklan
Iklan

"Paling ramai ialah di India membabitkan seramai 2,156 orang. Jumlah mereka yang terkandas di India ini dijangka berkurang apabila lebih ramai dapat dibawa pulang menggunakan 11 lagi penerbangan sewa khas.

"Saya ingin melaporkan bahawa seramai 179 orang rakyat Malaysia yang terkandas di Amritsar, India telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin, 30 Mac 2020 jam 10.50 malam," katanya pada Sidang Akhbar Berkaitan Rakyat Malaysia Yang Terkandas di Luar Negara Ekoran Pembatalan dan Sekatan Penerbangan Oleh Beberapa Negara Berikutan Penularan Pandemik Covid-19 di sini hari ini.

Iklan

Beliau turut mengumumkan khabar gembira berkenaan 144 rakyat Malaysia yang dijangka tiba dari Myanmar pada petang ini melalui pesawat khas Malaysia Airlines MH741.

"Meskipun kerajaan Myanmar secara amnya telah membatalkan semua kemasukan penerbangan komersial ke negara tersebut berkuat kuasa 30 Mac 2020, Kedutaan Malaysia di Yangon dengan kerjasama Malaysia Airlines telah berkolaborasi dengan Myanmar untuk memberi kebenaran khas penerbangan pesawat dari Malaysia ini.

Iklan

"Kedutaan kita di Yangon akan terus komited dan bekerja keras bagi memastikan kebenaran khas yang sama dapat diberikan pada masa akan datang bagi memastikan warganegara Malaysia di Myanmar dapat pulang ke Malaysia dengan segera," katanya.

Katanya, berdasarkan rekod semasa terdapat seramai 1,792 rakyat Malaysia terkandas di sembilan negara dalam jumlah yang ramai.

"Negara tersebut ialah, Indonesia (680 orang), Australia (226 orang), New Zealand (153 orang), Thailand (337 orang), Arab Saudi (121orang), Pakistan (128 orang), Filipina (54 orang), Sri Lanka (50 orang) dan Emiriah Arab Bersatu (43 orang)," katanya.

Mengulas lanjut, Kamarudin menasihatkan rakyat Malaysia di luar negara yang sememangnya berhasrat untuk pulang supaya menguruskan penerbangan komersial secepat mungkin.

"Ia perlu dilakukan sebelum syarikat-syarikat penerbangan menggantung operasi mereka atau penggantungan penerbangan dikuatkuasakan kerajaan di sana," katanya.