Pantau kesihatan kuda di Kelantan elak dijangkiti AHS

Iklan
Pemilik kuda di Kelantan dinasihatkan untuk segera membuat rawatan jika kuda mereka tidak sihat bagi mengelak jangkitan AHS.

KOTA BHARU- Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) meminta pemilik kuda memantau kesihatan ternakan masing-masing bagi mengelak negeri ini turut terkena penularan Penyakit Kuda Afrika (AHS) sebagaimana Thailand.

Pengerusinya, Ahmad Faris Yusof berkata, seperti mana disarankan Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM), semua pihak yang terlibat perlu segera memaklumkan ataupun mendapatkan rawatan sekiranya kuda peliharaan menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.

Iklan
Iklan

"Saya meminta kerjasama semua untuk tidak menyembunyikan status kesihatan sebenar kuda masing-masing jika ada di antaranya menunjukkan tanda demam panas, hidung berhingus, kurang selera makan, kesukaran bernafas atau mati secara tiba-tiba.

"Kita tidak mahu keadaan ini menjadi buruk dan negeri Kelantan menerima nasib yang sama, lebih baik kita mencegah dari awal daripada ia menyebabkan berlakunya satu wabak lebih dahsyat,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Pemilik kuda di Kelantan dinasihatkan untuk segera membuat rawatan jika kuda mereka tidak sihat bagi mengelak jangkitan AHS.

Iklan

Hari ini EAM, mengeluarkan amaran kepada pemilik kuda tempatan berikutan penularan penyakit AHS di Thailand dan virus tersebut boleh menyebabkan kematian yang biasanya menjangkiti kuda, baghal dan keldai, dilaporkan telah menyebabkan kematian 42 kuda di wilayah timur utara, Khorat.

Mengulas lanjut, Ahmad Faris berkata, setakat ini pihaknya dimaklumkan bahawa keadaan kuda di sini masih berada dalam persekitaran yang baik tanpa mengalami gangguan kesihatan.

Iklan

Bagaimanapun, pihaknya akan mengumpulkan maklumat terperinci dan bekerjasama dengan Jabatan Veterinal (JPV) untuk memastikan kuda-kuda di sini bebas daripada jangkitan virus tersebut.

Katanya juga, sebagai langkah pencegahan awal, beliau menasihatkan supaya kebersihan di kandang-kandang kuda dapat diberikan perhatian dan sentiasa terurus.

Beliu juga meminta kerjasama daripada semua pemilik untuk memaklumkan kepada JPV sekiranya terdapat kemasukan kuda dari negara jiran dalam tempoh beberapa bulan sebelum virus itu dikesan di Thailand.

"Saya juga ingin mengingatkan pemilik dan aktivis kuda untuk memantau tahap kesihatan serta penjagaan kuda dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan serta mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh tersebut,” katanya.