Peniaga R&R dapat pengecualian bayaran sewa

Iklan
Ismail Sabri

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Semua peniaga di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya seluruh negara mendapat pengecualian bayaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian itu juga telah dipersetujui pihak pengurusan lebuh raya berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, langkah itu dibuat bagi meringankan beban peniaga susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac sehingga 14 April depan.

"Oleh itu, pihak pengurusan lebuh raya seperti PLUS Berhad, ANIH Berhad, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Maju Expressway (MEX), Lebuh raya Shah Alam (KESAS), Prolintas, Grand Saga Grand Sepadu telah bersetuju untuk mengecualikan sewa selama tempoh PKD kepada penyewa," katanya di sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan juga telah bersetuju untuk mewujudkan 77 pasar jualan barangan segar terkawal bagi menampung permintaan dalam tempoh PKP ini.

Katanya, pusat penjualan baharu itu akan dikendalikan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Iklan