KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 28 April ini untuk membuat keputusan terhadap permohonan kerajaan untuk melucut hak wang berjumlah RM628,314, yang didakwa berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada Jakel Trading.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh sepatutnya membuat keputusan itu hari ini, namun dijadualkan semula pada 28 April berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.