Dewan Rakyat bersidang ikut jadual

Iklan
Parlimen sedang merangka langkah-langkah yang perlu diambil sebagai persiapan untuk persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 18 Mei depan.

SHAH ALAM - Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 18 Mei depan berjalan seperti biasa, namun akan mengambil kira langkah-langkah yang sewajarnya berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua yang sedang berlangsung.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, berikutan pandemik Covid-19, Parlimen sedang merangka langkah-langkah yang perlu diambil sebagai persiapan untuk persidangan berkenaan.

"Beberapa pendekatan juga turut diambil kira berdasarkan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di beberapa lokasi.

Iklan

"Tumpuan utama kerajaan kini adalah memastikan semua rakyat, termasuk anggota Parlimen terjamin keselamatan," katanya.

Tambah beliau, semua pihak perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas yang bertungkus-lumus memerangi wabak ini dengan mematuhi segala arahan pihak berkuasa.

Iklan