Pemuda ditahan bantu siasatan kes bunuh, rogol

Iklan
Laporan Sinar Harian semalam.

KOTA BHARU - Polis berjaya menahan seorang remaja berusia 19 tahun semalam bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh yang berlaku di Kampung Mujur, Bachok kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, lelaki tersebut diberkas ketika sedang tidur di sebuah rumah di kampung berkenaan pada jam 10.30 pagi semalam.

Iklan
Iklan

"Tangkapan ke atas pemuda berkenaan dibuat hasil malumat awam dan risikan dilakukan polis.

"Siasatan awal mendapati remaja itu mengaku berada di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Dalam kejadian jam 7 pagi kelmarin seorang ibu tunggal dipercayai dirogol manakala seorang lelaki mati ditikam dan seorang lagi lelaki cedera dalam satu kejadian di Kampung Mujur, Jelawat Bachok.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal dirogol, lelaki maut ditikam

Iklan

Samsulmuddin juga memaklumkan hasil ujian air kencing mendapati pemuda yang ditahan itu positif dadah.

"Dia akan dibawa ke mahkamah di Bachok esok untuk perintah tahanan reman,” katanya.