PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes koronavirus (Covid-19) yang dilaporkan di Menara City One, Kuala Lumpur ada kaitan dengan kluster perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks di bangunan tersebut telah menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling.