KUALA LUMPUR - Kementerian Luar dan Kerjasama Antarabangsa Itali melancarkan kempen #WeAreItaly #staytunedonIT untuk mempromosi budaya unik dan kreatif Itali ke seluruh dunia, di tengah-tengah penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Menurut kenyataan Kedutaan Itali di Kuala Lumpur, artis terkemuka Itali seperti Andrea Bocelli, Paolo Conte, Ramin Bahrami, Uto Ughi, Tiziano Ferro, Nicola Piovani, Paolo Fresu, Andrea Griminelli, Rita Marcotulli dan Fabrizio Bosso mendukung inisiatif itu dan melancarkan mesej video bagi mempelawa dunia supaya terus berhubung dengan budaya Itali.
Kempen itu turut mempromosi beberapa inisiatif kebudayaan sebenar yang ditawarkan banyak institusi Itali kepada khalayak dunia dan masyarakat tempatan.