PEMAIN bola sepak Arsenal, Mesut Ozil dan isterinya, Amine menyambut kelahiran anak pertama mereka pada semalam.
Berita gembira itu dikongsi di akaun Twitter rasminya dan mendedahkan puteri kesayangannya diberi nama Eda, lapor Mirror.co.uk.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah, terima kasih tuhan kerana anak kami Eda dilahirkan dalam keadaan baik. Insya-ALLAH dia menjadi anak yang baik bagi kita dan seluruh umat manusia,” kata Ozil hari ini.
Ketika ini, Ozil dilaporkan berada dalam tempoh perintah berkurung berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin mengganas di Eropah.
Iklan
Ozil mendirikan rumah tangga dengan ratu Turki di Istanbul pada Jun tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri Presiden Turki, Tayyip Erdogan dan isteri.
Iklan