Covid-19: Bendera dikibar separuh tiang di Itali

Iklan
Bendera dikibarkan separuh tiang di seluruh Itali pada hari ini sebagai memperingati mangsa yang maut akibat koronavirus (Covid-19)

ROM - Bendera dikibarkan separuh tiang di seluruh Itali pada hari ini sebagai memperingati mangsa yang maut akibat koronavirus (Covid-19) selain menjadi lambang perpaduan serta tanda sokongan terhadap keluarga mangsa dan pekerja kesihatan, lapor ANSA.

Inisiatif itu dilancarkan Datuk Bandar Itali, turut disertai institusi, agensi pusat dan negeri serta sektor perniagaan dan agensi berita ANSA.

Iklan
Iklan

Wabak Covid-19 di Itali meragut lebih 11,500 nyawa. - Bernama