Ejen hartanah seluruh dunia jangka pendapatan menurun akibat Covid-19

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kumpulan hartanah terkemuka Juwai IQI berkata 82 peratus daripada ejen hartanah kediaman di seluruh dunia menyatakan pandemik koronavirus (Covid-19) telah menurunkan jangkaan pendapatan mereka bagi 2020.

Dalam kajian pertamanya di lebih 60 negara, ia berkata, penurunan pendapatan adalah masalah yang dialami di semua negara yang dikaji.

Iklan
Iklan

Menurut kajian itu, ejen Malaysia paling kurang pesimis dengan 74 peratus ejen menjangka mendapat kurang pendapatan pada 2020, 38 peratus menjangka memperoleh 'pendapatan kurang ketara' dan 33 peratus menjangka memperoleh 'kurang sedikit'.

Ia mendapati 22 peratus ejen hartanah di negara ini merancang meningkatkan pelaburan mereka dalam pemasaran kepada pembeli asing, manakala 53 peratus merasakan impak Covid-19 akan menjejaskan pasaran bagi lebih tiga bulan.

Iklan

"Dari segi belian dan jualan, 35 peratus ejen percaya ini adalah masa yang 'baik’ atau 'sangat baik' untuk menjual tetapi 47 peratus percaya ia adalah masa yang 'tidak sesuai' atau 'sangat tidak sesuai' untuk menjual.

"Bagaimanapun 82 peratus percaya ini adalah masa yang baik atau sangat baik untuk membeli hartanah," kata syarikat itu dalam satu kenyataan bersempena dengan pelancaran dapatan 'Global Coronavirus Agent Survey'.

Iklan

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Juwai IQI Georg Chmiel berkata, meskipun Covid-19 memberi impak kepada pasaran, ia melihat semakin ramai ejen hartanah dan pemaju hartanah beralih kepada saluran dalam talian untuk memasar dan melancarkan pembangunan mereka.

Malahan, katanya, pada hujung minggu lepas syarikat tersebut telah mengadakan ekspo hartanah menerusi Facebook Live yang menarik lebih daripada 90,000 tontonan. - Bernama