'Ayah baru tiga hari beli bot'

Iklan
Bot yang dinaiki mangsa, Amran (gambar kecil) dipercayai terbalik di kawasan berbatu dan arus deras.

MACHANG - Mangsa bot terbalik yang juga bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara Perlis, Prof Madya Dr Amran Awang, 61 dikatakan baharu tiga hari membeli bot jenis fiber sebelum keluar memancing seorang diri, kelmarin.

Anak Mangsa,Suhailah, 26 berkata, ayahnya biasa memancing di tebing sungai namun mengambil keputusan membeli bot beberapa hari lepas.

Iklan
Iklan

Katanya, ada masanya dia dan emaknya menemani Amran keluar memancing namun ketika kejadian, Amran keluar sendirian dan mereka menyangka ada kawan yang bersamanya.

"Ayah ada kawan-kawan memancing malah mereka ada"Grup WhatApps" sendiri. Ayah tidak menunjukkan sebarang perbezaan sejak kebelakangan ini cuma dia banyak diam dan kurang makan.

Iklan

"Kami berharap ayah dapat ditemui dengan segera dan keluarga turut mengadakan bacaan Yassin agar kerja-kerja mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh anggota keselamatan dipermudahkan," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bot terbalik, warga emas dikhuatiri lemas]

Iklan

Penduduk, Zakaria Mohamed, 47 berkata, ketika kejadian dia turut memancing di sungai tersebut dan melihat Amran melalui tempatnya memancing.

Katanya, Amran sempat mengangkat tangan kepadanya, namun selepas 10 minit dia mendapati bot mangsa hanyut ke tengah sungai.