30,000 majikan diberi pengecualian levi selama enam bulan

Iklan
M Saravanan

KUALA LUMPUR - Lebih 30,000 majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) akan diberikan pengecualian pembayaran levi selama enam bulan dari April hingga September.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan dalam kenyataannya hari ini berkata, inisiatif itu merupakan usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan dan meringankan beban yang ditanggung majikan dan rakyat akibat penularan koronavirus (Covid-19) selain memastikan pasaran pekerja tempatan terus utuh.

Iklan
Iklan

"Tiada sebarang pendaftaran diperlukan majikan kerana semua majikan berdaftar dengan PSMB akan dikecualikan daripada membuat caruman secara automatik," katanya.

Di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta 612), semua majikan tergolong dalam 63 sub-sektor daripada tiga sektor utama iaitu perkilangan, perkhidmatan serta perlombongan dan pengkuarian, yang mempunyai 10 atau lebih kakitangan adalah diwajibkan berdaftar dengan PSMB, dan membayar levi Pembangunan Sumber Manusia pada kadar satu peratus daripada keseluruhan gaji bulanan pekerja mereka.

Iklan
Iklan

Majikan atau pekerja yang ingin mengetahui lebih lanjut berhubung pengecualian levi itu, boleh melayari laman sesawang www.hrdf.com.my atau menghubungi perkhidmatan pelanggan PSMB di support@hrdf.com.my atau di talian 1800-88-4800. - Bernama