Jumlah penonton Astro melonjak semasa PKP

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jumlah penonton TV Astro meningkat sebanyak 43 peratus manakala masa harian yang dihabiskan untuk menonton melonjak 30 peratus sejak permulaan Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP).

Penyedia TV berbayar itu berkata, dengan persembahan percuma membabitkan semua saluran filem untuk pelanggannya, penonton TV bagi filem dan hiburan berbahasa Inggeris melonjak 200 peratus.

Iklan
Iklan

Semua saluran berita yang disediakan oleh Astro turut mencatatkan kenaikan 71 peratus dalam jumlah penonton.

"Berikutan lebih ramai rakyat Malaysia tinggal di rumah semasa PKP, kami menyaksikan peralihan yang ketara dalam tingkah laku pengguna dan ini dapat dilihat dalam peningkatan trafik kami.

Iklan

"Sesuatu jenama perlu mengubah suai cara mereka menjangkau pengguna, khususnya selepas rakyat Malaysia mula menimba pengalaman 'normal yang baharu',” kata Pengarah Astro Media Solutions, Wong See Wei dalam satu kenyataan hari ini.

Tontonan percuma untuk pelanggan Astro dan NJOI serta akses tanpa bayaran Astro GO untuk semua rakyat Malaysia, yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020, menerima respon positif.

Iklan

Astro GO diterima baik oleh semua rakyat Malaysia dengan lebih daripada 78,000 pendaftaran baharu dengan kanak-kanak mendominasi penonton Astro GO dalam tempoh ini, kata Wong.

Sementara itu, pasukan berita Astro dari Awani, Radio dan Digital sedang melakukan tugas mereka untuk memastikan rakyat Malaysia dimaklumkan serta membongkar berita palsu.

Dalam lima hari pertama PKP, 5.5 juta rakyat Malaysia telah menonton Astro Awani, manakala laman web dan aplikasinya mencatatkan kenaikan 15 peratus dan 13 peratus dalam pelawat unik.

Wong berkata Astro mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana menyokong inisiatifnya untuk memastikan negara dimaklumkan dan dihiburkan semasa PKP. - Bernama