Tujuh pakej Prihatin PPPNP

Iklan
Kakitangan Unit Polis Bantuan PPPNP menyerahkan beg sumbangan kepada Ketua Wartawan Sinar Harian Perak, Saifullah Ahmad, semalam.

IPOH - Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) semalam memaklumkan akan melaksanakan tujuh pendekatan baharu kepada penduduk Perak menerusi Pakej Rangsangan PPPNP Prihatin.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yahanis Yahya berkata, pakej berkenaan ialah penangguhan pembayaran sewa dan pajakan tanah sehingga Jun ini, pembayaran 20 peratus wang pendahuluan bagi usahawan yang telah diluluskan pinjaman, mempercepatkan bayaran geran usahawan tani asnaf yang telah diluluskan dan penangguhan pembayaran balik pinjaman tabung usahawan sehingga Jun ini

Iklan
Iklan

Menurutnya, kontraktor turut mendapat manfaat kerana pembayaran akan dibuat seperti biasa.

"Kita juga akan bekerjasama dengan Fama dalam membeli hasil pertanian petani dan usahawan yang terjejas serta diedarkan sebagai bantuan kotak makanan kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Iklan

Katanya, PPPNP turut memberi sumbangan wang tunai RM200,000 dan 10,000 kotak makanan berjumlah RM500,000 kepada kerajaan kerajaan negeri.

Yahanis berkata, pihaknya turut mengagihkan sumbangan bekalan makanan dan cecair pembersih tangan kepada 59 pengamal media sebagai penghargaan melaksanakan tugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan

"Sumbangan sebagai menghargai pengorbanan media menyampaikan maklumat kepada semua rakyat Perak dalam suasana yang tidak menentu ketika ini," katanya.