ANKARA - Jumlah kematian di seluruh dunia akibat Covid-19, meningkat lebih 40,000 semalam dengan kes disahkan melebihi 823,000.
Agensi berita Anadolu melaporkan Johns Hopkins University memaklumkan lebih 174,000 orang yang didiagnosis dengan virus itu pulih.
Wabak itu turut menjejaskan sekurang-kurangnya 179 negara dan wilayah di seluruh dunia.
Itali, Sepanyol, China dan Iran kekal negara paling teruk terjejas.
Amerika Syarikat melaporkan kes paling tinggi, lebih 165,000 dengan 3,178 kematian.
Itali pula mencatatkan korban teramai dengan 11,591 kematian, diikuti Sepanyol 8,260 dan China 3,309 manakala Iran 2,898 orang. - Bernama