SHAH ALAM - Proses permohonan untuk berkahwin di negara ini yang mengambil masa lama menjadi antara punca berlakunya pernikahan ekspres.
Pengarah Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata, ia bukan sahaja melibatkan urusan perkahwinan pertama, malah juga untuk berpoligami.
Iklan
Iklan
Katanya, kebiasaannya pernikahan ekspres itu tidak melalui prosedur-prosedur sedia ada dan kebanyakan kes melibatkan perkahwinan di luar negara.
"Untuk berkahwin di Malaysia, kena isi borang, hantar ke pejabat agama, kemudian pejabat agama buat siasatan, wali dan sebagainya. Kalau perlukan wali hakim, kena dapatkan kebenaran dan lain-lain.
"Yang menjadi masalahnya nanti katakan bila hendak berpoligami, di mana perlu dapatkan kebenaran mahkamah syariah dan proses itu mengambil masa," katanya dalam Wacana Sinar Harian ke-85 bertajuk 'Nikah Ekspres: Bukan Hanya Kejar Nafsu', di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.