PEKAN – Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah Waris Ganti untuk memegang jawatan Pemangku Raja Pahang akan ditentukan baginda selepas mengadakan perbincangan dengan keluarga.
Sultan Abdullah bertitah walaupun semua pihak dapat meramalkan siapa yang bakal dilantik, namun baginda memerlukan masa untuk menetapkannya sebelum mengumumkannya dalam tempoh terdekat.