Baru seminggu tukar pengasuh

Iklan
Hafezul bersama ahli keluarga setia menunggu di pekarangan Bilik Mayat HGM.

GUA MUSANG -"Kali terakhir isteri saya bertemu Aamina pada 3 Januari lalu," kata bapa kepada bayi perempuan yang maut selepas dilanggar kereta di rumah pengasuhnya di Taman Kesedar Putra, di sini, petang semalam.

Menurut Mohd Hafezul Abdullah, 35, dari Kampung Batu Papan 2, dia membawa Aamina Inayah dan anak sulungnya berusia 8 tahun ke Arab Saudi pada awal Januari lalu.

Iklan
Iklan

Katanya, isteri, Kazarina Sharing, 33, mula berkhidmat sebagai jururawat di Arab Saudi sejak enam tahun lalu.

"Kami jarang bertemu dan dia hanya pulang apabila dapat cuti panjang. Jadi, apabila dia tidak dapat cuti, saya bawa anak-anak ke sana.

Iklan

"Sebelum ini, anak dijaga oleh pengasuh lain yang tinggal berhampiran kawasan rumah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bayi maut dilanggar di rumah pengasuh]

Iklan

"Saya mula menghantar anak kepada pengasuh baharu sejak seminggu lalu apabila pengasuh lama berpindah ke Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat Hospital Gua Musang (HGM) di sini.

Semalam, Aamina, satu tahun lima bulan, meninggal dunia di HGM selepas setengah jam menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu mengakibatkan Aamina mengalami kecederaan dalaman yang serius.

Katanya, ketika kejadian, ibu pengasuh Aamina, Che Jah Yaacob, 54, mengalih kedudukan kenderaan jenis Toyota Fortuner, ke dalam garaj di hadapan rumahnya.

Mangsa dilanggar ketika kenderaan berkenaan dibawa masuk ke garaj di mana ibu pengasuh terbabit tidak menyedari Aamina berada di luar rumah.