Khir Toyo cadang kerajaan wajibkan pakai topeng muka

Iklan
Kerajaan dicadang mewajibkan semua individu memakai topeng muka sebagai usaha menghentikan penularan wabak Covid-19. - Foto Bernama (Gambar kecil: Dr Mohamad Khir)

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mencadangkan kerajaan mewajibkan semua individu memakai topeng muka selama dua hingga tiga minggu sebagai usaha menghentikan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menerusi status dimuat naik di Facebook miliknya, Mohamad Khir berkata, ia berikutan masih ramai yang tidak mematuhi peraturan penjarakan sosial.

Iklan
Iklan

Menurutnya, apabila ke pasar beliau mendapati arahan penjarakan sejauh satu meter tidak dipenuhi ketika membuat bayaran dan mengambil barangan yang hendak dibeli.

"Kita ke pasar untuk membeli keperluan harian, ketika kita membuat bayaran dan mengambil barang, pasti arahan penjarakan satu meter tidak dapat dipatuhi.

Iklan

"Sedangkan peniaga adalah kumpulan yang sangat terdedah kepada jangkitan Covid-19 dan boleh saja menjadi ejen penyebaran wabak terbabit,” katanya.

Terdahulu beliau berkata, semua pihak maklum jangkitan Covid-19 mudah tersebar melalui titisan air liur yang berterbangan ketika bercakap, ketawa dan bersin.

Iklan

Katanya, kesukaran timbul apabila tidak tahu siapa yang telah dijangkiti kerana ada yang telah dijangkiti Covid-19 tidak mempunyai tanda-tanda demam atau sakit.

"Isu utama ialah kita perlu pastikan tidak ada titisan air liur tersebar ketika kita bercakap, ketawa mahupun bersin. Jarak penerbangan titisan air liur ini boleh mencapai hingga tiga meter, walaupun umumnya satu meter.

"Justeru, untuk mengelakkannya ia hanya boleh dicapai bila kita memakai topeng muka sepanjang kita bertemu orang,” katanya.

Mohamad Khir berkata, disebabkan kesukaran mendapatkan topeng muka di pasaran, orang ramai boleh menggunakan tuala atau kain sebagai topeng muka.

Katanya, apa yang penting terdapat halangan daripada titisan air liur tersebar ketika bercakap, ketawa mahupun bersin.

"Ini cara yang paling berkesan untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19 ini.

"Jika semua sanggup berkorban dan bersusah dengan mewajibkan diri kita memakai topeng muka walau apa jenisnya, insya-ALLAH kita akan berjaya.

"Kerajaan mesti mewajibkan pemakaian topeng muka atau paling kurang guna tuala atau kain kecil ketika keluar dari rumah,” katanya.