KUANTAN - Orang ramai beratur bagi mendapatkan Permit Pengecualian Kawalan Pergerakan untuk keluar daerah dan negeri pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua yang bermula hari ini hingga 14 April ketika tinjauan fotoBernama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hari ini.
Agak mengejutkan juga masih ramai lagi mereka yang mempunyai urusan yang memerlukan mereka keluar walaupun tempoh 14 hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan telah berlalu.
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Dua akan lebih diperketatkan bagi mengekang penyebaran wabak koronavirus (Covid-19) yang telah menyebabkan kematian ramai rakyat Malaysia dan diharapkan rakyat dapat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk sama-sama menghapuskan wabak Covid-19. - Foto Bernama