Keluarga minta kematian anggota tentera disiasat
Iklan
Allahyarham Muhammad Faiz meninggalkan seorang balu dan anak perempuan berusia empat bulan.
SUNGAI PETANI - Ahli keluarga kepada seorang anggota tentera, Allahyarham Muhammad Faiz Harun, 26, yang meninggal dunia di Sabah pada 25 Mac lalu meminta siasatan lanjut dilakukan berhubung kematian itu.
Abang ipar Allahyarham, Mohd Khairul Yusri Md Yusof, 34, berkata, sebelum meninggal dunia, adik iparnya itu ada mengadu pening kepala dalam perbualan telefon bersama ibunya yang tinggal di Sungai Petani sebelum turut menghubungi isterinya yang ketika itu berada di Terengganu.
Iklan
Iklan
"Bagaimanapun, berita yang kami terima cukup mengejutkan apabila arwah dikatakan mengalami muntah dan tidak sedarkan diri pada 22 Mac lalu.
"Selepas itu pihak hospital meminta waris datang ke Sabah untuk berbincang rawatan seterusnya kerana ketika itu kami dimaklumkan bahawa arwah mengalami kecederaan serta bengkak pada bahagian otaknya," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Iklan
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Muhibuddin Sungai Pasir, Sungai Petani. Gambar kecil: Muhammad Faiz
Menurutnya, ibu bapa mertuanya memang berhasrat menziarahi Allahyarham tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Kami hanya berhubung melalui panggilan telefon sehingga menerima makluman dia telah meninggal dunia pada 25 Mac lalu," katanya.
Iklan
Sebelum itu, Allahyarham Muhammad Faiz dari Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja, Kuala Lipis, Pahang dihantar bertugas ke Sabah bermula pada Januari lalu dan sepatutnya dijadualkan tamat tugasan pada 5 April ini.
Jenazah Allahyarham Muhammad Faiz dibawa pulang pada 31 Mac lalu kira-kira jam 3.45 pagi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Muhibuddin Sungai Pasir, Sungai Petani.
Mohd Khairul Yusri berkata, setakat ini, pihak keluarga mahukan kepastian mengenai punca sebenar kematian Allahyarham itu terutama berhubung kecederaan dialami arwah.
Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik meninggalkan seorang balu, Siti Nor Ainshah Ramli, 29, dan seorang anak perempuan, Nor Izara Sofia, 4 bulan.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam