NGO perlu beli beras secara pukal dengan pembekal

Iklan
Mohd Amar

KOTA BHARU – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan yang mahu membeli beras secara pukal perlu membuat pengurusan terus dengan pembekal.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, langkah tersebut amat penting bagi memastikan bekalan beras di pasaran mencukupi untuk pembeli-pembeli lain.

Iklan
Iklan

Katanya, sebelum ini bekalan bahan asas itu tidak berdepan sebarang rungutan, namun dua hari lalu, pihaknya dikejutkan dengan berita beras habis di pasaran.

"Saya difahamkan bekalan beras cukup cuma dalam beberapa hari lepas ada yang beli secara pukal.

Iklan

"Ini yang menyebabkan kekurangan dalam pasaran. Sebab itu kita tidak beri mereka beli secara banyak.

"Kalau ada NGO ataupun wakil rakyat yang mahu beli banyak untuk sumbangan, mereka perlu beli dengan pembekal yang khusus,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Exco Kerajaan Negeri di JKR 10 di sini hari ini.

Iklan

Sebelum ini tular di media-media sosial mengenai bekalan beras yang dikatakan terputus di negeri itu sejak dua hari lalu.

Bukan hanya beras siam, namun beras tempatan juga dikatakan habis di pasaran sehingga ada yang mengenakan harga tidak masuk akal untuk setiap tempahan yang diterima.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, ketika ditanya mengenai bekalan beras dari negara jiran juga hampir habis, Mohd Amar berkata, perkara tersebut di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

Selain itu, beliau juga turut menasihatkan rakyat negeri ini untuk menggunakan beras tempatan bersesuaian dengan keadaan semasa.