Ebit Lew menangis lihat ibu hamil, anak kecil tidur bawah jambatan

Iklan

SELAYANG - Perkongsian Ustaz Ebit Lew di laman sosial Facebook beliau membuktikan bahawa di saat kita mengeluh terpaksa berkurung di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rupa-rupanya masih ada lagi insan yang tidak mempunyai rumah.

Beliau yang terkenal dengan kerja amal dan kebajikan mendedahkan nasib seorang ibu yang sedang hamil bersama anak kecil yang hanya mampu berteduh di bawah jambatan.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian itu, beliau dimaklumkan seorang wanita tentang kisah dua beranak itu sebelum bergegas keluar dari rumah jam 11.30 malam.

Dalam perjalanannya, Ustaz Ebit Lew disapa oleh anggota polis ketika membuat kawalan PKP dan bertanyakan arah tujuan beliau.

Iklan

Bagaimanapun, atas keprihatinan anggota polis tersebut, beliau diiringi salah seorang anggota untuk sama-sama membantu dua beranak itu.

"Sampai atas (jambatan) menangis tengok adik comel ni dah tidur. Sejuknyalah ya ALLAH. Alas kotak jer. Macam anak saya kecil. Dah lena dekat rumah. Adik ni atas jambatan susahnya," tulis beliau.

Iklan

Kata Ustaz Ebit Lew, beliau lega apabila wanita tersebut mengenalinya dan terus membawanya pulang ke rumah buat sementara waktu.

Menerusi kiriman yang sama, Ustaz Ebit Lew memohon orang ramai supaya memaklumkan kepada beliau sekiranya terdapat rumah untuk disewa di sekitar Kuala Lumpur atau Gombak.

"ALLAH sayang," ujarnya.

Kisah meruntun jiwa itu menarik perhatian netizen yang berharap lebih ramai tampil membantu golongan memerlukan.