Covid-19: Selebriti turut bantu pekerja industri kreatif

Iklan
Johan bersama isteri turut dilaporkan antara selebriti yang menghulurkan sumbangan kepada pekerja industri kreatif yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19.

SHAH ALAM - Di saat negara berdepan dengan wabak koronavirus (Covid-19) ketika ini, para selebriti tidak ketinggalan turut menghulurkan sumbangan ikhlas kepada pekerja industri kreatif yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut laporan mStar, Keena atau nama sebenarnya, Suriana Abdul Wahab, 34, yang menjadi sukarelawan dalam misi bantuan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) berkata, kebanyakan penderma enggan nama mereka didedahkan.

Iklan
Iklan

"Semalam kami adakan kerjasama antara Seniman dan Profima untuk membantu nasib anak seni yang mengalami kesukaran hidup dalam tempoh PKP. Tidaklah banyak, tetapi cukup untuk buat bekalan makan.

"Namun saya bersyukur kerana sebenarnya ramai selebriti yang hulurkan bantuan antaranya Datuk Rosyam Nor dan Datuk Yusof Haslam. Malah pelawak Johan bersama isterinya turut hadir membantu kami mengagihkan sumbangan.

Iklan
Iklan

"Tapi saya enggan ulas lanjut mengenai sumbangan yang Johan berikan kepada kami seperti yang tular di laman sosial, dia minta agar perkara dirahsiakan,” kata Keena kepada mStar.