Potong gaji pihak pengurusan dulu, baru gaji pemain

Iklan
Gambar hiasan

ISU pemotongan gaji pemain pasukan Liga Malaysia (Liga-M) hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lalu.

Semuanya gara-gara ancaman pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini. Akibatnya, Liga-M ditangguhkan selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Iklan
Iklan

Banyak pandangan berbeza disuarakan. Ada yang bersetuju, malah tidak keterlaluan jika dikatakan lebih ramai yang tidak bersetuju dengan mekanisme pemotongan gaji.

Bagi yang bersetuju, mereka berpendapat inilah masalah untuk menyelamatkan liga bola sepak tempatan. Bagi mereka, jika tidak dilakukan dari sekarang, kemungkinan bola sepak Malaysia akan ‘mati’.

Iklan

Bagi yang tidak bersetuju pula, khususnya para pemain, kaedah pemotongan gaji dalam situasi getir sebegini bukan cara terbaik. Bagi mereka, itu sajalah sumber pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Dalam menilai situasi sekarang, Merak Jalanan cuba memahami kepentingan semua pihak – baik pihak pengurusan mahupun pemain. Masing-masing tersepit dek Covid-19.

Iklan

Mungkin dalam keadaan tidak menentu ketika ini, masing-masing perlu muhasabah diri dan berjiwa besar. Jangan ada yang pentingkan diri sendiri sehingga akhirnya masing-masing rugi!

Satu titik kebersamaan perlu dicari segera. Jangan biar polemik ini berterusan. Dikhuatiri jika ia berlarutan, masalah lebih besar menimpa nanti.

Merak Jalanan sekadar beri pandangan. Jika mahu dilaksanakan pemotongan gaji, pihak pengurusan tertinggi setiap pasukan harus memberi contoh terbaik kepada anak-anak buah mereka khususnya para pemain.

Jangan hanya potong gaji pemain tetapi gaji pihak pengurusan juga harus dipotong sama. Bak kata pepatah Melayu:"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Jika sikap terpuji sebegini dapat ditunjukkan, tak mustahil ‘orang-orang bawah’ juga akan ikut sama.