Tomok bangga anak sulung dapat semua A

Iklan
Penyanyi, Tomok
PENYANYI, Tomok meluahkan rasa bangga menerusi akaun Instagram apabila anak sulungnya, Arrian lulus dengan cemerlang dalam semua subjek akademik pra-sekolah, hari ini.

Meskipun anak pertama Tomok, Arrianshah Akid Shah Indrawan baru sahaja berusia enam tahun, namun dia berjaya memperoleh A dalam semua subjek yang dipelajari, antaranya Bahasa Malaysia, Mandarin, Inggeris, Matematik dan Sains.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Anak marah Tomok, tak ajak berlakon sama ]

"Ayah bangga dengan anak ayah," coret bapa kepada dua orang anak lelaki.

Untuk rekod, hasil perkongsian hidup penyanyi popular menerusi lagu Tak Harus Memiliki bersama isteri, Rahayu Abbas pada 2 Julai 2011, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Arrian dan Andrashah Iman 3.

Sehingga kini ruang komen penyanyi itu dibanjiri ucapan tahniah di atas kejayaan yang diraih anaknya.