Willian sedia tempuh cabaran baharu

Iklan
Willain bersama keluarga setelah membantu Chelsea memenangi trofi EPL musim 2017 lalu

PEMAIN sayap Chelsea, Willian Borges, bersedia untuk menempuh cabaran baharu sekiranya khidmatnya tidak lagi diperlukan di Stamford Bridge musim depan.

Pemain kelahiran Brazil berusia 31 tahun itu kini dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan baharu menjelang kontraknya yang tamat pada penghujung musim ini.

Iklan
Iklan

Malah media Itali turut mengaitkan pemain berkenaan dengan perpindahan ke gergasi Serie A, Juventus berikutan bekas pengendali Chelsea, Maurizio Sarri berada di sana.

"Bagai saya, Sarri adalah jurulatih yang baik. Tetapi saya tak boleh beritahu apa yang berlaku.

Iklan

"Dia (Sarri) ada minat dari segi segi taktikal, dia juga gemarkan permainan bola sepak yang cantik.

Foto daripada laman instagram Willain yang menyaksikan aktiviti bersama anak perempuannya

"Dia juga pernah memenangi gelaran, Piala Liga Eropah dan tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL). Anda tidak boleh beritahu kenapa ia bukan sesuatu yang baik kerana dia juga seorang yang tenang pada kebiasaannya,” katanya kepada ESPN Brazil, baru-baru ini.

Iklan

Sementara itu, penangguhan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berikutan pandemik Covid-19 di seluruh dunia ketika ini dimanfaatkan pemain Chelsea, Willian yang diberikan kebenaran pulang ke Brazil baru-baru ini.

Pemain sayap skuad The Blues itu menerusi laman instagramnya baru-baru ini memuat naik aktivitinya bersama keluarga terutamanya bersama anak perempuannya dalam usahanya untuk kekal cergas sepanjang tempoh penangguhan berkenaan.

"Saya menjangkakan untuk tinggal di Brazil sehingga pengumuman berhubung saingan EPL kembali bersambung kelak,” katanya.