Calon pilihan raya Thailand dibunuh

Iklan
Polis berkawal di sebatang jalan susulan keganasan terbaharu di Yala.

YALA - THAILAND . Polis Thailand meningkatkan usaha memburu sekumpulan lelaki bersenjata yang didakwa menembak mati seorang calon pilihan raya dan isterinya dalam serangan yang didakwa bermotifkan politik.

Dua anak kecil pasangan terbabit bagaimanapun selamat dalam kejadian pada malam Ahad itu.

Iklan
Iklan

Mangsa, dikenal pasti sebagai Warin Saengchan dan bakal bertanding untuk 'Thai Nation Power Party' yang baharu ditubuhkan bagi menghadapi pilihan raya tahun ini.

Menurut polis, sekurang-kurangnya dua lelaki berpakaian serba hitam menceroboh rumah mangsa di daerah Kabang dari arah pintu belakang kira-kira jam sembilan malam (waktu tempatan).

Iklan

Ketika kejadian, Saengchan sedang menonton televisyen di ruang tamu manakala isterinya berada di halaman rumah.

"Mangsa diikat dan ditembak. Penyerang turut menembak isterinya, Rokiyo Sapaeing.

Iklan

"Anak mangsa berumur lima dan 16 tahun selamat selepas berjaya melarikan diri," kata polis. - Agensi