TURKI - Anggota polis tampil membantu membeli barang keperluan buat warga emas di sini susulan bimbang mereka dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) ketika keluar rumah.
Perkongsian video di muat naik di Twitter milik StanceGrounded menunjukkan anggota polis datang ke rumah warga emas sebelum mencatat senarai barangan keperluan yang mahu dibeli mereka.
Dengan ciapan,"Di Turki, pegawai polis melawat rumah orang tua dan bertanya kepada mereka apa yang mereka perlukan dan berbelanja untuk memastikan mereka selamat dan elak terkena wabak Covid-19," tular di laman sosial.
Pada hantaran sama, tindakan itu dilakukan untuk melindungi dan menjaga komuniti.
Kisah penuh inspirasi itu menarik perhatian netizen yang juga berkongsi kebaikan anggota polis di Ireland.
Perkara yang sama juga dilakukan oleh anggota polis dengan membeli, menghantar barangan harian di rumah warga emas setelah dimuat naik di akaun Twitter Garda Info.
Ciapan Twitter itu menjelaskan,"Foto unit kepolisan komuniti membantu warga emas. Kami berada di sini untuk membantu dalam apa jua keadaan."