Budak sahut cabaran kempen duduk rumah hafal surah

Iklan
Paparan Twitter Dr Zulkifli mencuri perhatian orang ramai.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuji surah yang dibaca seorang kanak-kanak yang menyahut cabaran kempen duduk rumah hafal surah.

Menerusi akaun Twitter rasminya, beliau memaklumkan menerima kiriman video daripada Zaidi Borhan di Facebook Messenger.

Iklan
Iklan

"Atuk Zul amat terhibur mendengar bacaan cucunda. Sedap dan baik sebutannya.

"Atuk doakan Zayd Zaynal jadi insan yang berjaya dunia dan akhirat, berbakti kepada ibu ayah, masyarakat dan negara," ciapnya menarik perhatian ramai.

Iklan

Namun apa yang menariknya, Zayd Zaynal menyarung jersi pasukan bola sepak kesukaan Dr Zulkifli iaitu Liverpool.

Sambil menghafal surah Al-Baqarah dan menutup mata dengan kain, Zayd Zaynal juga memegang bola sepak lambang Liverpool.

Iklan

Reaksi Dr Zulkifli selepas menonton video berdurasi 2 minit 19 saat itu menyatakan kempen duduk rumah hafal surah adalah aktiviti peminat Liverpool yang wajar dicontohi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Inilah aktiviti peminat Liverpool yang wajar dicontohi sepanjang PKP. Anda pula bagaimana?" tambahnya.

Sehingga jam 3.40 petang, video itu ditonton lebih 6,000 tontonan.