KUANTAN - Puspanita Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (Helwa) Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengambil inisiatif menghasilkan face shield (pelindung muka) untuk disumbangkan kepada petugas kesihatan.
Pengerusinya, Datin Aminah Jahayah berkata, seramai 11 sukarelawan daripada Helwa menghasilkan face shield untuk membantu petugas kesihatan yang terpaksa bekerja lebih 12 jam sehari.
Iklan
Iklan
Menurutnya, walaupun sumbangan itu sangat kecil tetapi berharap ia dapat membantu melengkapkan keperluan petugas barisan hadapan itu.
"Kita sentiasa mendoakan mereka semua kuat dan selamat kerana mereka juga ada keluarga," katanya ketika di temui di Bangunan MPK hari ini.
Sebanyak 1,120 alat perlindungan muka dihasilkan selama dua hari dan barangan untuk menyiapkan peralatan terbabit disumbangkan oleh Kerajaan Pahang.
"Saya difahamkan peralatan ini akan diagihkan melalui Pejabat Kesihatan Negeri Pahang di hospital yang memerlukan untuk kegunaan frontliner yang sedang merawat pesakit Covid-19," katanya.
Artikel Berkaitan