Rakyat diminta peka arahan PKP fasa kedua

Iklan
Ismail (tengah) ketika menyertai operasi nyah kuman.

KUANTAN - Orang ramai khususnya peniaga perlu peka dan mematuhi arahan kerajaan yang menetapkan waktu operasi perniagaan dan stesen minyak bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam pada fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, rakyat diminta duduk di rumah dan mematuhi arahan PKP agar rantaian penularan pandemik Covid-19 dapat diputuskan segera.

Iklan
Iklan

"Teruskan berada di rumah dan patuhi PKP fasa kedua. Saya harap orang ramai khususnya peniaga peka dengan arahan kerajaan dari semasa ke semasa dalam tempoh PKP.

"Dengan kerjasama yang baik daripada semua rakyat Malaysia diharapkan wabak Covid-19 dapat dikurangkan dengan lebih berkesan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Kelmarin, Ismail turut hadiri Operasi Nyah Kuman Wabak Covid-19 di beberapa hotspot berisiko tinggi melibatkan stesen Keretapi KTM Seremban, Jalan Yam Tuan, Melaka.

Beliau juga menyantuni petugas Istana Negara yang terlibat dengan kuarantin wabak Covid-19 serta para petugas barisan hadapan dengan menghantar set makanan KFC.

Iklan

Hidangan tersebut diserahkan sendiri oleh beliau ketika melawat beberapa bilik gerakan pusat kuarantin sekitar ibu negara, 27 Mac lalu.