Ketegaq sungguh, sempat berenang lagi!

Iklan
Lima pelancong asing termasuk seorang warganegara Thailand dan lelaki tempatan yang ditahan petang semalam.

LANGKAWI - Lima warga asing termasuk dua pasangan kekasih warga Hungary, Sudan dan British ditahan ketika leka berenang di Pantai Chenang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kesemua mereka ditahan ketika sedang beriadah di kawasan Pantai Tengah dan Chenang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, orang awam membuat aduan walaupun dinasihatkan beberapa kali sebelum ini tetapi pasangan berkenaan masih ingkar dan meneruskan aktiviti berenang pada waktu petang.

"Kumpulan pelancong asing itu antara 37 individu berusia antara 21 dan 43 tahun yang ditahan dalam operasi 24 jam semalam.

Iklan

"Kesemua mereka termasuk seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Thailand bersama lima warga asing itu gagal mengemukakan sebarang alasan munasabah untuk berada di luar semasa arahan perintah kawalan pergerakan (PKP),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Iqbal berkata, operasi yang memasuki hari ke 15 semalam mendapati masih ada penduduk yang termasuk pelancong asing ingkar PKP.

Iklan
MOHD IQBAL

Menurutnya, dalam tempoh sama, polis turut menahan dua warga Thailand dan tiga warga Myanmar yang ingkar PKP sekitar Pulau Langkawi.

"Baki 27 individu ditahan dalam sembilan siri tangkapan terdiri daripada lelaki tempatan kerana kesalahan berhimpun di sekitar Mukim Kuah, Bohor dan Padang Matsirat,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, kesemua mereka ditahan bawah Peraturan 7 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.

"Beberapa individu turut disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK) kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 270 KK kerana berkumpul menyebabkan merebaknya penyakit berjangkit.

"Bagi warga Thailand dan Myanmar mereka turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.