Pengendali Bournemouth, Eddie Howe muncul sebagai pengurus pertama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menawarkan diri agar gajinya dipotong ekoran penularan pandemik Covid-19.
Selain Howe, Ketua Eksekutif Bournemouth, Neill Blake, pengarah teknikal skuad utama, Richard Hughes dan penolong jurulatih, Jason Tindall turut bersetuju memotong gaji masing-masing sepanjang krisis ini.
Iklan
Iklan
"Disebabkan ancaman Covid-19 semakin menular, lebih banyak soalan berbanding jawapan yang timbul berkenaan kesannya. Tidak ada skrip untuk situasi seperti ini tetapi kami akan terus mencari penyelesaian untuk memastikan masa depan kelab dan pekerja kami terpelihara apabila kempen liga bersambung.
"Atas sebab itu, kami dalam barisan pengurusan tertinggi kelab telah menyatakan persetujuan untuk memotong gaji masing-masing sepanjang tempoh ini,” kata Bournemouth dalam satu kenyataan.
Pada masa sama, Bournemouth turut mengikut jejak beberapa kelab Inggeris lain seperti Tottenham Hotspur, Newcastle United dan Norwich City dalam mengurangkan jumlah kakitangan mereka.