NAIB juara musim lalu, Club Brugge diumumkan juara Liga Pro Belgium selepas baki saingan pertandingan dibatalkan berikutan pandemik koronavirus (Covid-19).
Kelab kendalian Philippe Clement itu selesa dengan kelebihan 15 mata di puncak liga dengan berbaki satu pusingan perlawanan sebelum bermulanya pusingan kalah mati membabitkan enam kelab terbaik liga.