LBS ringankan beban petugas barisan hadapan

Iklan
Kipas industri yang disumbangkan LBS Foundation untuk kegunaan klinik dan hospital di sekitar Klang

PETALING JAYA - Bagi mewujudkan persekitaran kondusif di pusat kesihatan dan hospital, LBS Bina Group Berhad menerusi LBS Foundation tampil mengagihkan sumbangan pelbagai peralatan kepada petugas kesihatan dan barisan hadapan di beberapa lokasi di Selangor.

Lembaga Pemegang Amanah LBS Foundation, Tan Sri Lim Hock San berkata, pihaknya memahami petugas kesihatan termasuk doktor dan jururawat bekerja keras merawat kes koronavirus (Covid-19) dan mengambil risiko tinggi sebagai barisan hadapan dalam menghadapi pandemik itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, menyedari keperluan dalam menyediakan persekitaran yang kondusif bagi petugas kesihatan melakukan saringan pesakit di Hospital Banting, LBS Foundation menyumbang dua pendingin udara yang ditempatkan di khemah penempatan sementara.

"Selain itu, LBS Foundation juga menyediakan 38 unit kipas industri di Pejabat Kesihatan Daerah Klang untuk kegunaan klinik dan hospital di sekitar Klang.

Iklan

"Sebanyak 600 sarung tangan dan khemah disumbangkan kepada pusat rawatan dan kuarantin utama Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, manakala 2,000 sarung tangan lagi serta 1,000 botol air minuman diagih di pusat kuarantin di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi,” katanya,

Beliau berkata, pihaknya juga menyumbang empat unit kipas industri kepada pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sebagai keprihatinan kepada pihak itu.

Iklan

"Kami di LBS komited mengekang penyebaran Covid-19 dan dalam situasi krisis kesihatan ini berharap dapat membantu negara memberikan sumbangan dan bantuan dalam pelbagai bentuk kepada rakyat.

"Kami berhasrat menjalinkan hubungan harmoni bersama masyarakat sebagai usaha menyatupadukan rakyat serta meningkatkan kehidupan mereka yang memerlukan melalui aktiviti amal dan kebajikan,” katanya.

Dalam masa sama, pihaknya turut berharap orang ramai terus akur terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan kerajaan.