PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan tiga lelaki warga asing kerana menggunakan kad pengenalan palsu di sekitar Bandar Sri Damansara, Selangor semalam kata Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Mohammad Razin Abdullah.
Katanya, hasil siasatan terhadap tiga suspek yang ditahan dalam operasi yang menyasarkan pengguna dokumen palsu di sekitar Bandar Sri Damansara, mendapati mereka berasal dari selatan Filipina.
Iklan
Iklan
"Suspek pertama yang ditahan adalah seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal di sebuah taman perumahan manakala dua lagi suspek lagi ditahan di sebuah pangsapuri di kawasan tersebut.
"Mereka disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana menggunakan kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri, yang membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohammad Razin berkata, JPN akan meneruskan pelbagai operasi dan inisiatif bagi membanteras penyalahgunaan dokumen-dokumen pengenalan diri terutamanya kad pengenalan dan secara tidak langsung menjaga kedaulatan serta keselamatan negara daripada diseleweng pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya pada 2018, sebanyak 141 tangkapan dan pendakwaan berkaitan penyalahgunaan dokumen pengenalan diri direkodkan.
Artikel Berkaitan