Negeri Sembilan sedia pusat pelindungan sementara gelandangan

Iklan
Tilam dan bantal juga disediakan.

SEREMBAN - Kerajaan negeri memperuntukkan RM20,000 bagi menyediakan pusat perlindungan sementara golongan gelandangan di sekitar negeri ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga, dan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Nicole Tan berkata, bantuan secara berfasa ini penting bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) dalam kalangan gelandangan.

Nicole (tengah) semasa melawat pusat perlindungan sementara gelandangan semalam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pusat perlindungan sementara itu dibuka bagi memberi perlindungan sementara kepada gelandangan yang tiada tempat penginapan, termasuk penyediaan makan dan minum.

"Selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), gelandangan juga tidak terkecuali. Kita bimbang mereka akan jadi ejen kepada penularan wabak ini kerana sering berlegar di luar tanpa hala tuju.

Iklan

"Memandangkan mereka tiada tempat penginapan, jadi kerajaan negeri menyediakan pusat perlindungan sementara itu bagi membantu gelandangan," katanya.

Beliau berkata, seramai 15 gelandangan berusia 26 hingga 58 tahun berjaya diselamatkan dan dibawa tinggal di pusat perlindungan sementara di bawah penyeliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu Dapur Kausar di Jalan Kapitan Tam Yeong, Seremban, sepanjang tempoh PKP ini.

Kesihatan gelandangan disaring.

Iklan

"Kesemua gelandangan di sini akan dijaga oleh sukarelawan serta dipantau oleh JKM. Kesihatan mereka juga akan disaring, jika terdapat simptom yang meragukan mereka akan dirujuk ke Klinik Kesihatan.

"Segala kemudahan seperti tilam, bantal, topeng muka, cecair pembasmi kuman dan makanan turut disediakan kepada penghuni Dapur Kausar ini," katanya.

Katanya, kerajaan negeri berharap usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19 ini berjaya dan seluruh masyarakat dapat menjalankan rutin harian seperti biasa tanpa rasa takut dan was-was.