Bas untuk rakyat Malaysia dari luar negara ke pusat kuarantin

Iklan
Kerajan negeri menyediakan perkhidmatan bas buat rakyat Malaysia dari luar negara untuk dihantar ke pusat kuarantin disediakan. Foto: Ihsan FB Amirudin Shari

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengambil inisiatif menyediakan Bas Smart Selangor bagi membawa rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara ke pusat kuarantin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu merupakan komitmen ditunjukkan kerajaan Selangor menerusi kerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam menangani wabak Covid-19 di negara ini.

Iklan
Iklan

"Bas Smart Selangor membawa rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara ke pusat kuarantin yang telah disediakan," katanya menerusi laman Facebook rasminya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, prosedur tersebut telah dilaksanakan di bawah pengawasan pihak berkuasa termasuk pemantauan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Iklan

Sejak 18 Mac lalu, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara dalam usaha menghentikan rantaian pandemik Covid-19.

Berdasarkan statistik terkini, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain.

Iklan

Rabu lalu, kerajaan Selangor mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 melibatkan peruntukan sebanyak RM272.5 juta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM400 juta khusus untuk menangani impak Covid-19.

Sebelum ini, Amirudin turut mengumumkan sebanyak RM127.8 juta diperuntukkan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin fasa pertama.

Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0 dirangka berdasarkan dua cabaran utama iaitu bagaimana menggempur wabak tersebut daripada terus merebak serta menangani cabaran ekonomi dihadapi semasa dan juga pasca pandemik.