Dikecam borong makanan, rupanya penderma

Iklan
Natta Reza memborong barang keperluan hingga mendapat kecaman netizen.

JAKARTA - Seorang lelaki dikecam kerana memborong sejumlah barang keperluan harian di sebuah pasar raya di sini walaupun keperluan tersebut sebenarnya untuk membantu golongan memerlukan.

Kecaman diterima Natta Reza susulan penularan video di laman sosial sehingga dia kemudiannya tampil menjelaskan perkara itu.

Iklan
Iklan

Menerusi video yang tular itu, dia dilihat membeli barangan memenuhi dua troli seperti minyak, gula, susu, beras, sirap dan pelbagai lagi, lapor Detik News.

Katanya, sejak penularan wabak koronavirus (Covid-19), ramai yang tiada pilihan lain terpaksa berada di dalam rumah.

Natta Reza mengagihkan barangan makanan kepada golongan memerlukan.

Iklan

"Tugas kita bersama untuk membantu dengan cara yang kita mampu atau paling tidak mari bantu dengan cara 'mendoakan bumi' ini bebas Covid-19," katanya.

Katanya, barangan tersebut akan diagihkan kepada mereka memerlukan.

Iklan

Perkongsian itu membuka mata masyarakat agar tidak menghukum individu itu apabila melihat secara luaran sahaja.

Kata @haikal,"Benda ini memang selalu berlaku, tidak tahu apa-apa terus menghukum orang itu."

Seorang lagi pengguna alam maya, @shabby_aurora pula memuji tindakan Reza membantu golongan memerlukan ketika saat genting.

"Suka melihat orang yang begini selalu menderma. Semoga selalu dimurahkan rezeki dan diberikan kesabaran dan umur yang panjang. Amin. Contoh buat semuanya, agihlah rezeki kerana membawa kenikmatan tersendiri buat diri kita."