KKM gempur aktiviti penjualan rokok atas talian

Iklan
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggempur aktiviti penjualan rokok atas talian yang kini mendapat permintaan tinggi.

Tegas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya menyedari aktiviti yang kian rancak dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan
Iklan

"Kita sedia maklum, tindakan akan diambil," katanya.

Menurutnya, orang ramai khususnya perokok seharusnya menggunakan tempoh PKP untuk membebaskan diri daripada rokok.

Iklan

"Sebelum ini sudah menasihatkan orang ramai kalau boleh ambil peluang ini untuk berhenti merokok," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Hari ini akhbar tempatan melaporkan platform jual beli atas talian yang terkenal menjadi tumpuan perokok untuk mendapatkan bekalannya berikutan kekurangan stok di kedai dan pasar raya.

Iklan

Rokok tidak termasuk dalam essential goods dan pergerakannya dilarang ketika tempoh PKP sedang dikuatkuasakan.